Jangan terlalu bersedih dengan apa yang terjadi,
sebab tak mungkin sesaat lagi kita akan bergembira tak henti.
Jangan terlalu gembira dengan apa yang terjadi,
sebab tak mungkin sesaat lagi kita akan bersedih tak henti.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Malaysia, Indonesia, Jepun, Korea, Zimbakwe dan seluruh dunia.
sekian lama fanara levyu tidak mengupedatekan kisah cerita story dalam laman sesawang ini.
Rindu pulak nak main taip menaip tari menari macam Cinderella.
"Pengalaman itu harus dicari, ia tidak akan datang dengan sendiri"
Alhamdullilah..syukur pada-Mu Ya Allah..akhirnya pelajar guru PISMP Ambilan Januari selesai menjalankan Praktikum Fasa Pertama ini dengan jayanya. Pengalaman pergi sekolah memang tidak dapat nak dipertikaikan. Memang sangat best even sangat banyak kerja yang tak terbuat.
Baru - baru ini saya telah pergi berpraktikum.
Hari first sekolah, saya dengan rakan seperjuangan yang lain dah dapat jadual waktu. Yippeee! sangat seronok kot kot. haha. Jumlah waktu yang dihadkan ialah antara 8 - 12 waktu satu minggu. Tahniah untuk diri sendiri. kami semua dapat maksimum 12 waktu. Good Good Very Good!
Saya ditugaskan untuk mengambil alih kelas 4 Solar, 4 Venus dan 5 Earth. (sekolah ini memang menggunakan nama planet) nasib baik last-last balik ke Earth jugak. Kalo la tersesat sampai ke Pluto, tak balik dah ke maktab hari ni. hehe.
Sepanjang berada di sekolah, banyak sangat pengalaman yang diperoleh. Dengan gelagat murid - muridnya yang suka tempik sana sini, samalah macam cikgu pelatih ni. Tertidak sengaja suka tempik sana sini. Suara kuat macam ni, pegi karokae tak yah guna mike pun takpe! Dengan awal pagi kalut-kalut sekali. Angkat barang kiri dan kanan sampai hampir ank tercabut lengan kanan. Maklum la, sekarang kan kena park jaoh =.=
Menjadi guru tidak semudah yang disangkakan. Sangat banyak kerja woooo. Apapun, buat seikhlas hati. Anggaplah mendidik ini sebagai satu ibadah, pasti dapat pahala. =)
Jom tengok - tengok saat berada di SK Seri Permai
Ini anak murid Tecer.kikikiki.
4 SOLAR
4 VENUS
5 EARTH
Guru pembimbing yang banyak membantu kami
bersama Puan Ong.
bersama Cikgu Suzlifah
semasa berada di sekolah ini, antara aktiviti kokorikulum yang sempat kami ikuti ialah,
Pertandingan Kawad Kaki yang diadakan di SK Balik Pulau.
(melatih murid-murid kawadkah?)
Perlawanan Bola Sepak yang diadakan di SK Mutiara Perdana.
(kalah dengan bergaya)
sedar tak sedar, masa berlalu pantas begitu, tengok - tengok da sebulan kat sekolah ini. Pada minggu terakhir, scene ini wajib semua orang akan lalui kan?
ini bukan lakonan. ini betol - betol. haha. guru pun boley jadi macam artis. dahla nyanyi dalam kelas, ada pulak yang mintak tandatangan.hehe.
saat terakhir macam ini la nak pelok chiom cikgu. bukan senang ini tahu? peluang keemasan. hehe.
LAST DAY

ada yang sanggup tunggu luar bilik darjah sebab nak jumpa cikgu.

ada yang tunggu cikgu depan toilet sampai cikgu terkejut.

ada yang lari - lari kejar cikgu.

ada yang bagi kad istimewa untuk cikgu.

ada yang bagi hadiah pagi pagi lagi.

ada yang chiom cikgu sampai cikgu terperanjat.

ada yang nak cikgu peluk..alahai...manjanya anak murid cikgu ;)
semua ini membuatkan saya terharururururu
anak murid sekalian, i love you! i miss you!
sekarang bermula kehidupan ke kelas macam biasa.
rendu pulak kat sekolah.
rendu sekolah ke rindu kat sape ni? ;)
*merah pipi*

buat semua kengkawan: saya serious terkejut apabila perkara ini tersebar dengan meluasnya..saya tak cemerlang pun. seriously tak. bukan totally dapat 5 pun. banyak je 4. Dengan video yang dirakamkan, bukan atas dasar saya cemerlang, takpun..Video tu diambil sebab lecturer nak ada satu copy untuk dia. lagipun beliau amat menggemari untuk ambil-ambil video macam ni. Bukan sebab saya bagus pun..huhuhu. terkejut sangat bila tersebar dengan meluasnya sedangkan hakikatnya ia tidak. Mungkin ada banyak lagi yang kawan - kawan dengar kan? pasal kelas cantik dan sebagainya. If kawan - kawan nak taw cerita sebenar, saya on je nak cerita apa yang terjadi sebenarnya..tiada apa yang istimewa dan hebat pun yang saya lakukan. huhuhu =.=
THANKS FOR YOUR READING =) DO ALWAYS COMING K?